come and see

hai fren..wlcome to my home...

Saturday 30 July 2011

birthday batman

13 July- Faris Aiman Birthday Party

make up class

Land Below The Wind

Percutiaan kali ni adalah merupakan anjuran KESUKAP (Kelab Sukan Audit Perak)..Actually tiket dh booking since dri last year lg iaitu pada 11 August 2010..akhirnya tarikh yg d tunggu2 telahpn tiba dan kami brlepas ke Sabah Negeri di Bawah Bayu pada malam 7 Julai 2011 dengan menaiki penerbangan AK5124 pada pukul 2125 mlm.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam 35 minit dan kami tiba pada jam 1200 tgh mlm.Setibanya d KKIA kami disambut oleh staf JAN Sabah dan di bawa ke hotel tempat penginapan dengan menaiki bas yang d sewa dari jabatan kastam Sabah.

Keesokan paginya kami d bawa ke Jabatan Audit Negeri Sabah bagi tujuan pertukaran cenderahati kenangan dan berkenalan dengan warga JAN Sabah dengan lebih rapat.Seterusnya perjalanan diteruskan dengan menuju ke kaki gunung Sabah d Kundasang. Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang 2 jam dan akhirnya kami tiba d kaki gunung kinabalu dan mengambil peluang untuk bergambar2 kenangan.Udaranya sangat nyaman dan sejuk seakan2 berada di Cameron Highlands.

Perjalanan seterusnya menuju ke Kundasang War Memorial. Kawasan Sekitarnya merupakan kawasan perniagaan penduduk setempat. Antara yang menarik di sini adalah permandangan sekitarnya.

Seterusnya kami d bawa ke Sg Tagal iaitu tempat urutan kaki dengan ikan..atau pn lebih d kenali sebagai “fish massage”. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini adalah RM5 dengan jangka masa selama 15 minit. Pengalaman kali ni memang sangat berbeza. Sebelum ni aku hanya berpengalaman buat fish massage dengan ikan2 kecil sahaja. Tetapi saiz Ikan disini jauh berganda besar dan menggelikan..Keadaan menjadi happening sgt bila sume org dengan gelagat masing2 bila ikan menggigit kaki msg2.
Perjalanan kami yang seterusnya adalah menuju ke Poring Hotspring.. Terdapat kolam air panas terbuka dan tertutup di sini. Terdapat juga tub khas untuk membuat rendaman kaki bagi yang tidak memilih untuk mandi, Disini kami berkesempatan utk merendamkan kaki ke dalam air panas. Adalah di percayai air panas ini merupakan air dari gunung berapi. Terdapat 3 tab rendaman kaki dengan suhu yang berlainan iaitu panas, sederhana dan suam2.

Selain daripada mandian air panas Poring hotspring juga menyediakan tarikan rekreasi yang lain seperti ‘Canopy walk’, Air Terjun Langganan, Air Terjun Kipungit, Kebun Kupu-kupu dan Gua Kelawar. Memandangkan kekangan masa dan waktu sudah menjelang senja kami hanya berkesempatan untuk melakukan rendaman kaki sahaja.
Menjelang senja kami bertolak balik. Kami berkesempatan bergambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu di kala matahari terbenam. Sungguh indah alam ciptaan Tuhan.

Lebih kurang jam 830 kami tiba di hotel dan aku dengan pantasnya bersiap untuk temujanji dengan classmate yg setelah sekian lama tidak berjumpa iaitu 6 tahun. Thanx a lot to my fren Erin, Ruby, Swee n Ibni yang sudi brjumpa dgn aku n entertain mlm tu…minum2 n lepak2 d tepi pantai tanjung aru smbil ambik picture…luv u all…

Wednesday 22 June 2011

Aishiteru




lagu ni skrg tgh famous kt tv dlm cite cinta melody..skli dgr dh buat aku suke...lagu2 indon ni mmg best..bukan setakat melody nye..tetapi juga liriknya..jom kite layannn...

Tuesday 21 June 2011

mee bandung


Kali ni sy nk share resipi mee bandung...

Bahan :
500gm mee kuning(dicelur)
300gm ayam(dipotong kecil)
300gm udang
200gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah(dikisar/ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara2 membuatnya :
1. Panaskan minyak masak dalam periuk.tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.Masukkan stok ayam dan biar mendidih.
2. Masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram dan garam.Biarkan merenih perlahan-lahan.
3. Seterusnya masukkan kacang tanah,udang,ayam sawi dan telur dan masak selama 2 minit.

Cara2 hidangan :

1. Masukkan mee dan tauge kedalam mangkuk.Tuangkan kuah panas sehingga penuh.Bubuhkan cili merah,limau kasturi dan daun bawang.

Tuesday 14 June 2011

Bulan Rejab

Pada 3 Jun 20 11 (Jumaat) kita telah pn memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Sama2 kita melihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita

Saturday 11 June 2011

mashed potato



Actually membuatnya mudah je...

Bahan :
1 batang saderi
½ biji bawang merah
Satu slice butter cup(kira2 dlm 1cm)
Kentang (lebih kurang 7-8 biji)
Sedikit lada hitam (dikisar)
2 sudu Stok ayam
1 sudu Sos tiram
1 sudu Sos tomato
3 sudu Tepung jagungI(di bancuh di dalam cawan)

Cara2 membuatnya :

Ubi :
1. Rebus kentang sehingga hempuk tanpa membuang kulitnya dan masukkan sedikit garam ke dalam rebusan kentang.
2. Setelah masak buangkan kulitnya dan lenyekkan.

Sos :

1. Cincang halus batang saderi n bawang merah dan kemudian rebus.Setelah itu tapis dan ambil airnya.
2. Kemudian panaskan butter didalam periuk lain, kemudian campurkan ari rebusan tadi.
3. Masukkan stok ayam, sos tomato n sos tiram.
4. Masukkan tepung jagung secara sedikit demi sedikit sehingga sehingga kepekatannya yang sesuai.
5. Masukkan lada hitam yang telah di kisar.

Cara2 hidangan :
Ubi yang dilenyek itu kemudiannya di masukkan kedalam acuan.tuangkan sos keatasnya dan sedia dimakan.